Thursday 22 May 2008

Dr M''s response to Musa's "Thorn in the Flesh"

Thursday, May 22, 2008

"Duri dalam daging"

Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari UMNO yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 hb Mei. Komen oleh dua pemimpin UMNO amat menggelikan hati saya.

Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’

Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.

Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.

Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.

Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.

Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

Tepuk dulang paku serpih.
Katakan orang awak yang lebih.


English text: Mahathir fires back at Musa and Shahrir here.

14 comments:

Anonymous said...

Musa hitam, like many of the Umno leaders are ingrates.

Tidak sedar diri - Melayus yang tidak berterima kasih selepas di tolong dari keadaan tersepit. A typical kacang lupakan kulit.

Never trusted this musa_ang and his so-called "warriors."

Anonymous said...

It is good that Tun comes out with an explanation as to why Musa Hitam tendered his resignation as DPM and Deputy Umno president.

I think many non-Umno members dont really know the whole story behind that episode.

Thank you Tun.

Anonymous said...

Saya harap Tun akan terus memberi penjelasan saperti yang Tun lakukan sekarang ini.

Ramai yang masih buta dan jahil akan apa yang berlaku dalam Umno.

Dengan penjelasan ini mereka akan mengetahui cerita yang sebenarnya kerana apa yang Tun nyatakan dalam blog Tun pasti tidak akan disiarkan di mainstream media saperi NST, Utusan yang dkuasai oleh orang2 tertentu yang mempunyai hubungan rapat dengan Pak Lah.

Syabas Tun. Kami the "silent majoriti" tetap menyokong Tun dan tindakan yang diambil.

Hidup Tun!

Anonymous said...

Well said Tun. Well said.

Musa your heart is as hitam as your name.

Anonymous said...

Now we know who is the duri. Yes sir, shock it to Musa & Shahrir, the two lembus of Pak Lah.

Betul cakap Tun:

Tepuk dulang paku serpih.
Katakan orang awak yang lebih.

He he he

Anonymous said...

Tun Dr Mahathir yang amat saya hormati telah mengambil keputusan yang wajar meninggalkan buat sementara sebuah parti yang telah hilang haluan di bawah kepimpinan seorang ketua yang tidak kompeten dan tiada visi.

Ditambah pula dengan barisan para pembesar Umno, pak turut dan pembodek-pembodek yang mementingkan kedudukan dan kuasa, biadap dan lupa daratan.

Mereka masih dalam keadaan denial menafikan kenyataan bahawa orang Melayu telah meninggalkan Umno, begitu juga ahli2 akar umbi saperti yang terbukti dengan keputusan PRU 12 apabila BN/Umno tewas dan hilang kuasa di lima buah negeri.

Pak Lah masih lagi dibuai mimpi. BN/Umno tidak akan dapat menubuhkan kerajaan kalau bukan kerana kemenangan Umno/Bn di Sabah & sarawak.

Di semenanjung BN telah tewas. Pak Lah masih tak mengerti. Masih menabik dada.

Tidurlah wahai Pak lah dan para pembesar Umno.

Nafikanlah realiti on the ground...and face the consequences.

Anonymous said...

Musa Hitam adalah satu daripada ramai pemimpin2 UMNO yang BANGSAT...tidak ada sumbangan terhadap negara.

Anonymous said...

KHAS UTK DATO' SHAHRIR

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.
*************************

Woi Shahrir yand tak bijak walaupun mempunyai rambut uban satu kepala, apa hang nak kata?

Lol!

Anonymous said...

Just stand aside and watch the show unfolding. See the endless shadow play of the directionless characters.

mahathir is laughing in his heart at the gutless, spineless AAB. When they meet in Japan he will be wearing the despicable smile. After the meeting he will be pouring scorn at malleable AAB.

Did any earth shaterring event occur after he resigned? It is already 2 days - it must disappoint him to no end. He thought there will be an exodus, so the majority of the people is right, mahathirism is dead.

He knew that he and AAB will be going to Japan. He made the move because he knows the spineless lot will ask to meet him there. Now, he will have even more scorn and disrespect for this lot.

As to najid, what else can you expect from him. Isn’t this his normal behavior. Hadn’t he stood with Ku Li and Musa Hitan till the last minute and then switched to mahathir’s side. Remember? Remember?

Chandra is not the only despicable person in the present political scenario. Today we have 2 new persons to add to the list and also 2 organisations.

PAS and PKR are the organisations and Nik Aziz and Azizah are the new individuals!

The people who voted PRakyat have been sold out by PAS, Nik Aziz and also by PKR and Azizah. Now PAS is talking about “malay interest’ and Nik Aziz and Azizah are offering mahathir to join them. ‘The door is wide open to him’ …..ha!

AyamLaga said...

Salam...

Sama2 kita tgk the next episode... Hopefully lepas nie Nazri (taxi) pulak yg kene.... Cakap banyak habuk pon tarak....

Wassallam...

IBU said...

Tok Mummy,

Yesterday in the star, the MPs back the PM. Which reminds me of the story "The Emperor's New Clothes".

Heh.... must tell the emperor story to my boys lah!

apisfires said...

hahahah
woi shahrir...
dah ilang teloq ah...
sampai kakak ko pun kena rayu nak masuk umno???...
wakakkakaka
padan muka ko...
kutuk tun mahathir lagi...
tun lawan, jgn x lawan!!!!

Anonymous said...

Tun Kata" Pak-pak menteri semasa di bawah kepimpinan dia cium tangan dia macam budak kecil cium tangan masa Hari Raya tanda nak minta angpau. Tapi habis saja Raya, jumpa takda seko pun nak cium tangan kerana ibarat tangannya dah berbau busuk. Ini termasuklah ramai yang kini mengata dia tak sedar dulu layan dia macam mana. Inilah yang dikatakan menteri Melayu mudah lupa, patutlah anak yang dibuahkannya ikut sama.

Apalah nasib bangsa ku. Jom cari ketua baru.

Zaib

FAROUK said...

Assalamualaikum Tun.
Saya amat menyanjungi ketokohan Tun sepanjang Tun memerintah Malaysia. Keberanian didalam menerajui Malaysia pada satu dekad yang lalu menjadi inspirasi saya didalam arena politik. Sejarah Tun Musa dan Shahrir yang dibongkar oleh Tun amat saya hargai. Saya berharap Tun dapat mengeluarkan lagi kisah2 benar didalam arena politik yang diterajui UMNO terutama sekali semasa konflik Anuar Ibrahim sebelum beliau ditangkap pada tahun 1997 dahulu.